PERHATIAN...!!!!!

Thursday 21 July 2011

PANTUN NASIHAT BUAT ANAK

Buai dihayun sambil kejar,
Anak ayam di tepi telaga;
Duhai anak rajinlah belajar,
Kelak jadi insan berguna.


Rambutan masak manis rasanya,
Manis juga buah pulasan;
Jangan banyak buang masa,
Isilah masa dengan amalan.


Petang redup beralih awan,
Berarak awan hujan lebat;
Dalam hidup pilih kawan,
Kelak hidup tidak sesat.


Barang dibawa terasa berat,
Bawa bersama kerana kongsi;
Ilmu dunia ilmu akhirat,
Semua ilmu mesti dikuasai.


 Pagi redup mentari kelihatan,
Ampaian penuh disidai baju;
Dalam hidup ada panduan,
Kelak hidup ada hala tuju.


Sirih sepiak tanda cinta,
Hendak diberi kepada tamu;
Jadilah anak taat setia,
Tidak derhaka kepada ibu.


Dulang berisi aneka jamu,
Jamu dibeli di Segamat;
Dalam hidup buru ilmu,
Guru di depan mesti hormat.



(NUKILAN : Sdr.AzmiRahman )

1 comment: